Yang Berhormat Dato’ Wan Roslan Bin Wan Hamat
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Kelantan
EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi
Portfolio
Pendidikan
Pengajian
Tinggi
Teknologi
Hijau
Digital
Inovasi
Biodata
Yang Berhormat Dato’ Wan Roslan Bin Wan Hamat
Memperoleh Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dan Pentadbiran dari Universiti Malaya.
Melengkapkan Diploma Pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Dilantik sebagai Pengetua SMU(A) Taqaddum Maarif, Pasir Tumboh (Jawatan Pengetua pertama).
Berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Yayasan Islam Kelantan (YIK).
Menyandang jawatan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kelantan.
Dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Kelantan (Jawatan Exco pertama).
Dianugerahkan Setia Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (JMK).
Dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi Negeri Kelantan (Jawatan Exco semasa).
Dianugerahkan Darjah Dato’ Paduka Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) yang membawa gelaran Dato’.


