




Petang tadi, saya berkesempatan menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup HITEK 26, bersempena Konvokesyen Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra – KIAS.
.
Dalam ucapan, saya berkongsi sedikit pengalaman ketika bergelar mahasiswa dahulu apabila pernah diberi tanggungjawab sebagai pengarah program pesta konvokesyen. Pengalaman mengurus program seperti inilah yang banyak membentuk kemahiran kepimpinan, komunikasi, pengurusan serta kemampuan menyelesaikan cabaran.
.
Mahasiswa bukan sekadar belajar di dalam bilik kuliah. Melalui program seperti HITEK, mereka belajar mengurus pentas dan teknikal, menyusun atur cara, mengendalikan jemputan VIP, mencari penaja, menarik pengunjung serta bekerja bersama sebagai satu pasukan. Semua ini merupakan ilmu dan pengalaman yang tidak semestinya diperoleh melalui buku atau kuliah.
.
Tahniah kepada Majlis Perwakilan Pelajar KIAS, jawatankuasa HITEK 26 dan seluruh mahasiswa yang telah menjayakan program ini. Semoga pengalaman yang diperoleh menjadi bekalan berharga dalam membentuk kepimpinan dan jati diri pada masa hadapan.