



Alhamdulillah, pagi ini saya menghadiri Kursus Protokol & Etiket Majlis Istiadat yang berlangsung di Hotel Perdana, Kota Bharu.
.
Kursus ini turut dihadiri oleh YBhg. Datin Panglima Perang bersama ahli-ahli PURNAMA, Yang Berhormat Dato’-Dato’ serta Yang Berhormat-Yang Berhormat.
.
Pengisian kursus disampaikan oleh YBrs. Dr. Mohamed Safaruddin Ismail, Pegawai Protokol Pejabat Sultan Kelantan, yang berkongsi ilmu dan pengalaman berkaitan tatacara protokol, etiket serta pengendalian majlis istiadat.
.
Protokol bukan sekadar soal susunan dan tatacara, tetapi turut mencerminkan disiplin, penghormatan dan adab, khususnya ketika melaksanakan urusan serta majlis rasmi.
.
Semoga segala ilmu dan panduan yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam melaksanakan amanah dengan lebih tertib, tepat dan profesional, insya-Allah.